Saturday 8 October 2011

Madah surah-surah paling pendek bilangan ayatnya

Madah surah-surah paling pendek bilangan ayatnya


(1).       Surah  Al-‘Asr

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَصْرِ
1.         Demi masa

نَّ اْلإِنْسَنَ لَفِ خُسْرٍ.
2.         Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.

إِلاَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّلِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَا صَوْبِالصَّبْرِ.
3.         kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.



(2).       Surah  Al-Kauthar

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَآ أَعْطَيْنَكَ الْكَوْثَرَ.
1.         Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ.
2.         Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai kesyukuran)

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَاْلأَبْتَرُ.
3.         Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
(3)        Surah  An-Nasr

بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَجَآءَ نَصْرُاللهِ وَالْفَتْحُ.
1.         Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْ خُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا.
2.         Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابَا.
3.         Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.


Cetusan  madah:

Aku terpegun melihat angka
Surah pendek berjumlah tiga
Bilangan ayat pun sama tiga
Sebegitu unik siapa menduga

Dalam samar ku renungi surah
Ketiga-tiga cuba ditelaah
Tiba-tiba persoalan menerjah
Apa gerangan perkaitan surah

Surah Al-Kauthar aku terpanah
Kalimah ‘korban’ menjentik minda
Ketika Haji korban dilaksanakan
Tanda kesyukuran penuh bermakna

Dalam Al-‘Asr Allah bersumpah
Mustahil masa diundur selangkah
Begitu pentingnya wukuf di Arafah
Kelewatan sesaat haji tak sah



Ku renungi An-Nasr surah terkhir
Ayat kedua membuat ku berfikir
Suasana Haji segera terukir
Ramainya jemaah tekun berzikir

Ibadah Haji bagaikan Jawaban
Tersirat disebalik wahyu Tuhan
Ketiga-tiga surah amat mengkagumkan
Walau pendek namun berkesan


Madah Ayat 16 Surah Al-Qaff

Madah  Ayat  16  Surah  Al-Qaff 


بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَقَدْ  خَلَقْنَا  اْلاِِنْسَانَ  وَنَعْلَمُ  مَا تُوَسْوِسُ  بِهِ  نَفْسُهُ  وَنَحْنُ  اَقْرَبُ  اِلَيْهِ مِنْ  حَبْلِ  الْوَرِيْدِ.
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.


Cetusan Madah:

Allah Pencipta penuh kudrat
Dia berada sebegitu dekat
Bisikan hati dapat dilihat
Perbuatan kita semua tercatat

‘CCTV’ dirujuk teknologi terkini
Ianya dipasang di sana sini
Andai terjadi perkara tak diingini
Rakaman CCTV menjadi bukti

Kehidupan kita juga dirakamkan
Dua malaikat dikiri kanan
Kecanggihan Tuhan tiada bandingan
Siapalah kita selaku insan

Namun manusia sering alpa
Sewenangnya saja berbuat dosa
Kesenangan dunia agenda utama
Mereka ketepikan perintah agama

Manusia lupa asal kejadian
Semua kita milik Tuhan
Kepada-Nya nanti kita dikembalikan
Sudahkah cukup segala bekalan???





Madah Ayat 153 surah Al-Baqarah

Madah  Ayat  153  surah  Al-Baqarah 


بسم الله الرحمن الرحيم

يَآيُّهَا  الَّذِيْنَ  اَمَنُوا  اسْتَعِيْنُوْا  بِالصَّبْرِ  وَالصَّلَوةِ  اِنَّ  اللهَ  مَعَ  الصَّبِرِيْنَ.
Wahai orang-orang yang beriman!  Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sesungguh,  Allah beserta orang-orang yang sabar.


Cetusan madah:

“Memintalah pertolongan kepada Allah”
“Meminta dengan sabar dan salat”
Dipetik ayat dari Al-Baqarah 153
Cuba disimpul di dalam madah

Ayat ini jelas dan terang
Namun ada yang terlepas pandang
Atau sengaja firman dibagkang
Mereka lakukan perkara terlarang

Mereka meminta selain Allah
Meminta dukun selesaikan masalah
Dukun membaca jampi serapah
Bacaan kononnya dimulai basmallah

Ke mana hilang pendangan akidah
Firman Allah dipandang rendah
Tidak takut kah balasan Allah
Balasan neraka sebagai padah

Ayat senada dari Al-Fatihah
“Hanya Allah yang disembah”
“Meminta pun jua kepada Allah”
Kepada-Nya saja kita berserah

Adat meminta haruslah sabar
Tertunai cepat, senyuman lebar
Tertunai lambat usah gusar
Yakin, Allah Maha mendengar


Mengadaplah pada-Nya penuh pasrah
Bersalat hajat secara istiqamah
Tertunainya lambat, jangan marah
Setiap kejadian terselindung hikmah


Madah ayat 74 surah al Baqarah

Madah ayat 74 surah al Baqarah


بسم الله الرحمن الرحيم


ثُمَّ  قَسَتْ  قُلُوْبُكُم  مِّنْ  بَعْدِ  ذَلِكَ  فَهِيَ  كَالْحِجَارَةِ  أَوْ  أَشَدُّ  قَسْوَةً وَإِنَّ  مِنَ  الْحِجَارَةِ  لَمَا  يَتَفَجَّرُ  مِنْهُ  اْلأَنْهَرُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ  مِنْهُ  الْمَآءُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا  يَهْبِطُ  مِنْ  خَشْيَةِ  اللهِ  وَمَا  اللهُ بِغَفِلٍ  عَمَّا  تَعْمَلُوْنَ.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras.  Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungaiyang (airnya) memancar daripadanya.  Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air dariadanya.  Dan ada pula yang melucur jatuh kerana takut kepada Allah.  Dan Allah tedaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.


Cetusan madah:

Aku terpanggil merenungi ayat
Surah al-Baqarah ayat tujuhpuluhempat
Resam batu keras bersifat
Kerasnya hati terbelih dahsyat

Sekerasnya batu ada sungai mengalir
Batu terpecah keluar mata air
Penjana kehidupan setiap yang lahir
Mulianya batu pernah kah terfilir

Dataran tinggi batu berbungkah-bungkah
Dilanda hakisan jatuh ke bawah
Sebesarnya batu tak pernah megah
Tetap tunduk takutkan Allah

Lihatlah pula si keras hati
Hati itu bagaikan mati
Mulut berbuih cuba menasihati
Namun hati enggan mengerti

Mereka ini sombong dan degil
Hidayah Allah mereka tak terpanggil
Mereka hidup berkeadaan jahil
Pahala disingkir, dosa diambil

Lebih berfaedah batu yang mulia
Walaupun keras masih berguna
Hati yang keras hidupnya hina
Hati kita bagaimana???????

Tuesday 4 October 2011

madah al-Asr

Madah  Surah  al-‘Asr’

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahan:

1.         Demi masa
2.         Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.         Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


Coretan  Madah:

Inginku tunai hasratmu ayah
Untuk menulis secoret madah
Berpandukan dari sebuah surah
Surah turunnya di negeri Makkah

Surah Al-‘Asr diberi nama
Dimulai dengan kalimah sama
Terdapat empat perkara utama
Untuk panduan umat semua

Surahnya pendek, maknanya dalam
Satu persatu ayah ku selam
Ayat pertama aku tergamam
Allah bersumpah membuat ke faham

Amat tinggi nilainya masa
Berputar ligat tanpa terasa
Lihatlah saja pada usia
Apakah tidak ia dipersia

Bekalan amal cukupkah sudah
Andai nanti Izra’il singgah
Mencabut nyawa jiwa yang lemah
Terkapai-kapai mengharap rahmah

Azab bermula di alam barzkah
Bersambung di akhirat tanpa noktah
Kerugian besar kelihatan sudah
Mustahil masa diundur selangkah


Rasa gementar mengingat mati
Sememangnya  ia perkara pasti
Bersama kita ingat mengingati
Perintah Allah kita taati

Empat perkara amat ditekan
Bermula dengan perkara ‘Iman’
Menyusuli ‘amal’ berbentuk perbuatan
Iman dan amal seiring jalan

Perkara ketiga tentang ‘Nasihat’
Tuntunan dakwah istilah tepat
“Amal makruf, nahi mungkar”
Patut tertanam sebagai ikrar

Ketiga-tiganya bukanlah mudah
Berbagai ujian harus diredah
Sifat ‘Sabar’ sebagai penyudah
Melengkapi empat perintah Allah

Al-Ghazali imam yang hebat
Katanya al-Asr berisi padat
Bisa mengubah perangai umat
Andai masa diambil berat
Dalam menuju ke jalan berkat.


Ingatlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara:

1.         Muda sebelum tua
2.         ihat sebelum sakit
3.         Kaya sebelum papa (miskin)
4.         Lapang sebelum sempit (sebuk)
5.         Hidup sebelum mati.


29 april 2009


madah al-Fatihah

Madah  surah  al-Fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahaan Al-Fatihah

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
1.         Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
2.         Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

مَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ
3.         Yang Mengusai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
4.         Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja ami memohon pertolongan

إِهْدِ نَاالصِّرَطَ الْمُسْتَقِيْمَ
5.         Tunjuklah kami jalan yang lurus

صِرَطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
6.         Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan kepada mereka

غَيْرِالْمَعْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّيْنَ.
7.         Bukan mereka yangdimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.







Cetusan madah:

Al-Fatihah pembuka surah
7 ayat tersusun indah
Dibaca mudah menghayati payah
Tangan ditadah mohon hidayah

Dimulai tahmid Alhamdullilah’
125 huruf, 25 kalimah
Asal turun dinegeri Mekah
Kali kedua dipercayai Madinah

Ayat ditatap setiap baris
Tercuit kalbu hati menangis
Sejenak datang hasutan iblis
Bacaan ta’awuz jadi penangkis

Surah terbahagi dengan saksama
3 bagi Allah 3 untuk hamba
Ayat tengah dikongsi bersama
Keadilan Allah aku tergama

Ayat pertama begitu jelas
Sanjungan padaNya paling teratas
Memuji Allah penuh ikhlas
Anugerah nikmatNya tiada terbalas

Puja dan puji Allah yang Esa
Tuhan pemilik alam semesta
PentadbiranNya licin berjalan sekata
Maha Agung kudratMu sang Pencipta

Ayat kedua kini dilihat
Pengasih, Penyayang Dia bersifat
DikasihiNya semua makhluk sejagat
Termasuklah si kafir dan pelaku jahat

Allah penuhi hasrat mereka
Syurga dunia milik seketika
Bersama iblis teman gembira
Kasihnya Allah tidak terkira

Namun yang beriman beruntung lebih
Rahman dan Rahim keduanya diperolih
Allah merahmati mereka terpilih
Dibangkitkan nanti berkeadaan bersih
Hari kiamat hari pengadilan
Dibangkitkan makhluk seluruh zaman
Takkan tergambar di otak fikiran
Betapa Allah penuh Kekuasaan

3 ayat selesai sudah
Penyataan khusus bagi Allah
Kini beralih ke ayat tengah (ayat 4)
Sifat Uluhiyah diganding Ubudiah

Uluhiyah, sifat ketuhanan
Sempurna sifatNya tiada bandingan
KepadaNya sujud makhluk sekalian
Dia disembah tiada penyekutuan

Ubudiah, sifat kehambaan
Sebagai hamba pengantungannya Tuhan
HambaNya memohon mengharap ihsan
Terasa kerdil dihadapan Tuhan

Allah menegur secara halus
Diajar hambaNya berdoa tulus
Memohon ditunjukkan jalan yang lurus
Menjadi penyebab rasul diutus

Begitu pentingnya ayat kelima
Jalan lurus perkara utama
Jalan dipilih para ulama
Yang beriman juga sama

Merekalah umat dinaungi rahmat
Dengan limpahan segala nikmat
Jaminan syurga di alam akhirat
Sebagai ganjaran umat yang taat

Ayat ketujuh penutup surah
Dijelaskan sini jalan yang salah
Minta dijauhkan kemurkaan Allah
Seperti berlaku di zaman sudah

Bani Israil contoh diberi
Merekalah kaum membunuh nabi
Mereka juga tak mengenang budi
Setelah diselamatkan ingkar kembali


Dihujung surah ada tersurat
Mohon dihindarkan perkara sesat
Seperti Nasrani kaum dilaknat
KeEsaan Allah mereka persiat

Ku renung lagi Al-Fatihah
Menjadi tenang hati yang gundah
Khusyuk daku dalam sholah
Demikian rahsia terserlah sudah

Niat disebut imbasan hati
Sholah pulak pergerakan sendi
Tanpa Fatihah sholah rugi
Pergerakan dijaga bacaan dihayati




madah 4 Qul

Cetusan  madah  daripada   4  Qul

بسم الله الرحمن الرحيم



Mukatdimah:

Empat Qul pelik bunyinya
Ramai orang tertanya-tanya
Madah dikarang sedaya upaya
Silakan duduk bacalah seanjutnya

Empat Qul empat surah
Kesemuanya turun di negeri Makkah
Permulaan sama di awal kalimah
Perkataan “Katakanlah” berbentuk perintah

Pertama al-Kaafiruun disusuli al-Ikhlas
Kemudian al-Falaq disudahi An-Nass
Kesemua surah pendik dan ringkas
Namun masejnya begitu tegas

Al-Kaafiruun menegaskan akidah
Al-Ikhlas tauhid diketegah
Penyekutukan Allah nyata disanggah
Terpahat di hati alimah syahadah

Al-Falaq, An-Nass bicara perlindungan
Dipohon perlindungan sebarang gangguan
Gangguan mungkin berbentuk luaran
Ataupun waswas berbentuk dalaman



(1)   Surah Al-Kaafiruun:

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ يَأَ

1.         Katakanlah :  (Wahai Muhammad)  “ Hai orang-orang kafir”
2.         Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3.         Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah
4.         Dan aku tidak akan beribadat  secara kamu beribadat
5.         Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat
6.         Untuk kamu ugama kamu dan bagiku ugamaku.”



Cetusan madah:

Surah menyentuh bab aqidah
Tiada kompromi siapa disembah
Tuhan mukmin hanyalah Allah
Diyakini  sepenuhnya tiada goyah


Berulang kali penegasan dibuat
Biarlah si kafir rasa meluat
Aqidah mukmin ternyata bulat
Bukannya ia ditangkap muat

Mukmin dan kafir mustahil bersatu
Pemisahnya aqidah sudahlah tentu
Ayat 6 menekankan begitu
Tawar menawar mustahil berlaku
“Untukmu ugamamu dan untukku agamaku”

Disaran bacaan ketika bersolah
Ayat dihayati setiap patah
Hanya Allah hambaMu sembah
SubhanAllah, hatiku terpanah

Panahan cinta Sang Pencipta
Tidak mampu diukir kata
Air jernih bergenang di mata
Menjadi tenang jiwa yang meronta

Perkara syirik dibuang jauh
Keikhlasan hati ditanam teguh
Menjadi teguh iman yang rapuh
Dengan redha ujian ditempuh

Al-Ankabuut:8 mengimbau ingatan
Perkara syirik wajib dijauhkan
Meskipun ibubapa memberi arahan
Diperintah anak menyekutukan Tuhan

Ketegasan wahyu tiada berubah
Penyekutuan Allah wajib disanggah
Tanpa mengira siapa mengarah
Ibubapakah, temankah atau pemerintah
Syirik ditolak, dipertahan aqidah


Al-Ankabuut:8
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Tiba-tiba teringat kisah
Kisah dipetik daripada surah
Surah Al-Kahfi di juzk tengah (juzk15)
Cerita pemuda mempertahan akidah

Mereka dipaksa oleh pemerintah
Untuk menukar Tuhan yang disembah
Namun pemuda Kahfi berdiri gagah
Secara lantang ditegak akidah


Al-Kahfi: 14
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran
."



2.   Surah Al-Ikhlass


Terjemahan:

1.         Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.         Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3.         Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
4.         Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya



Cetusan madah:

“Katakanlah Allah Maha Esa”
Ayat pertama aku terpana
PerintahNya tegas penuh bermakna
Kesucian Tuhan maha sempurna
Mustahil ada gandingan setara




Kalimah tauhid jelas kedengaran
MengEsakan Allah suatu kewajiban
Sebagai paksi penegak iman
Benteng pemisah kepada kekufuran

KeEsaan Allah ujud sendirian
Tanpa permulaan tiada kesudahan
Dia mencipta bukan diciptakan
Maha Suci Allah penuh keKuasaan

Semua ciptaan dalam gengaman
PengurusanNya sempurna tiada kepincangan
KepadaNya makhluk menyandarkan harapan
MahlukNya jua serba kekurangan

Begitulah ‘As-Samad’ di ayat kedua
Allah tempat tumpuan semua
Kerana sifatNya Maha Sempurna
Penuh Kemuliaan, Keagungan lagi Bijaksana

Ayat ketiga menyusul pula
Konsep ‘Trinity’ pembohongan gila
Bagaimana mungkin Tuhan berkeluarga
Pendustaan si kafir amat tercela

Maha Suci Allah tiada beranak
Jauh sekali Dia diperanak
Tiada pernah Dia berkehendak
Miliknya jua kesempurnaan mutlak

Beralih kita ayat ke empat
Maha Sempurna Allah bersifat
Mustahil ujud yang sebegitu hebat
Menyekutukan Tuhan perbuatan terlaknat

Surah Al-Ikhlas begitu istemewa
Kesemua sifatNya menawan jiwa
Dulu jahil agama diambil lewa
Kini insaf menuju takwa

Itulah Al-Ikhlas sepertiga Quran
Setiap bacaan besar ganjaran
Apatah lagi diiringi penghayatan
Beruntung insan beroleh keredha

 

3.         Surah Al-Falaq       


Terjemahan:

1.         Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
2.         Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
3.         Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4.         Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
5.         Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


4.         Surah An-Nass


Terjemahan:

1.         Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2.         Yang Menguasai sekalian manusia,
3.         Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4.         Dari kejahatan pembisik penghasut yang tersembunyi, -
5.         Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
6.         (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".



Cetusan madah:

Dua surah penutup al-quran
Diturunkan ia dengan beriringan
Al-Falaq, An-Nass surah dinamakan
Melengkapi 114 surah keseluruhan

Keduanya surah bertopik sama
Perlindungan Allah perkara utama
Seperti tersurat di ayat pertama
PerintahNya jelas menyentuh sukma

Kejahatan sentiasa mencari mangsa
Tanpa perlindunganNya mahluk binasa
Menderita disihir menahan bisa
Atau imannya parah iblis menguasa
DiberiNya surah sebagai penangkis
Pergantungan selainNya harus dihakis
Jangan turuti kemahuan iblis
Meskipun ia kelihatan manis

Surah Al-Falaq seakan mengungkai
Ancaman jahat datangnya berbagai
Daripada alam (ayat 2,3) atau buruknya perangai (ayat 3,4)
Di luar kawalan tiada tergapai

Surah An-Nass sedikit berlainan
Kejahatan lahir dari dalaman
Leceknya iblis memainkan peranan
Menghasut jiwa memesongkan jalan

Bisikan ibils perosak iman
Penyakit was-was menghantui insan
Diracuninya hati menuju kejahatan
Mahukah berterusan melayani syaitan???

Tepuk dada tanyalah iman
Terpulang kita membuat pilihan
Kedua surah telah menjelaskan
Hanya Allah tempat perlindungan