Madah surah al-Fatihah
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahaan Al-Fatihah
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
1. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
2. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
مَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ
3. Yang Mengusai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
4. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja ami memohon pertolongan
إِهْدِ نَاالصِّرَطَ الْمُسْتَقِيْمَ
5. Tunjuklah kami jalan yang lurus
صِرَطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
6. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan kepada mereka
غَيْرِالْمَعْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّيْنَ.
7. Bukan mereka yangdimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.
Cetusan madah:
Al-Fatihah pembuka surah
7 ayat tersusun indah
Dibaca mudah menghayati payah
Tangan ditadah mohon hidayah
Dimulai tahmid ‘Alhamdullilah’
125 huruf, 25 kalimah
Asal turun dinegeri Mekah
Kali kedua dipercayai Madinah
Ayat ditatap setiap baris
Tercuit kalbu hati menangis
Sejenak datang hasutan iblis
Bacaan ta’awuz jadi penangkis
Surah terbahagi dengan saksama
3 bagi Allah 3 untuk hamba
Ayat tengah dikongsi bersama
Keadilan Allah aku tergama
Ayat pertama begitu jelas
Sanjungan padaNya paling teratas
Memuji Allah penuh ikhlas
Anugerah nikmatNya tiada terbalas
Puja dan puji Allah yang Esa
Tuhan pemilik alam semesta
PentadbiranNya licin berjalan sekata
Maha Agung kudratMu sang Pencipta
Ayat kedua kini dilihat
Pengasih, Penyayang Dia bersifat
DikasihiNya semua makhluk sejagat
Termasuklah si kafir dan pelaku jahat
Allah penuhi hasrat mereka
Syurga dunia milik seketika
Bersama iblis teman gembira
Kasihnya Allah tidak terkira
Namun yang beriman beruntung lebih
Rahman dan Rahim keduanya diperolih
Allah merahmati mereka terpilih
Dibangkitkan nanti berkeadaan bersih
Hari kiamat hari pengadilan
Dibangkitkan makhluk seluruh zaman
Takkan tergambar di otak fikiran
Betapa Allah penuh Kekuasaan
3 ayat selesai sudah
Penyataan khusus bagi Allah
Kini beralih ke ayat tengah (ayat 4)
Sifat Uluhiyah diganding Ubudiah
Uluhiyah, sifat ketuhanan
Sempurna sifatNya tiada bandingan
KepadaNya sujud makhluk sekalian
Dia disembah tiada penyekutuan
Ubudiah, sifat kehambaan
Sebagai hamba pengantungannya Tuhan
HambaNya memohon mengharap ihsan
Terasa kerdil dihadapan Tuhan
Allah menegur secara halus
Diajar hambaNya berdoa tulus
Memohon ditunjukkan jalan yang lurus
Menjadi penyebab rasul diutus
Begitu pentingnya ayat kelima
Jalan lurus perkara utama
Jalan dipilih para ulama
Yang beriman juga sama
Merekalah umat dinaungi rahmat
Dengan limpahan segala nikmat
Jaminan syurga di alam akhirat
Sebagai ganjaran umat yang taat
Ayat ketujuh penutup surah
Dijelaskan sini jalan yang salah
Minta dijauhkan kemurkaan Allah
Seperti berlaku di zaman sudah
Bani Israil contoh diberi
Merekalah kaum membunuh nabi
Mereka juga tak mengenang budi
Setelah diselamatkan ingkar kembali
Dihujung surah ada tersurat
Mohon dihindarkan perkara sesat
Seperti Nasrani kaum dilaknat
KeEsaan Allah mereka persiat
Ku renung lagi Al-Fatihah
Menjadi tenang hati yang gundah
Khusyuk daku dalam sholah
Demikian rahsia terserlah sudah
Niat disebut imbasan hati
Sholah pulak pergerakan sendi
Tanpa Fatihah sholah rugi
Pergerakan dijaga bacaan dihayati
No comments:
Post a Comment