Madah surah-surah paling pendek bilangan ayatnya
(1). Surah Al-‘Asr
بسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْرِ
1. Demi masa
نَّ اْلإِنْسَنَ لَفِ خُسْرٍ.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.
إِلاَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّلِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَا صَوْبِالصَّبْرِ.
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(2). Surah Al-Kauthar
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَآ أَعْطَيْنَكَ الْكَوْثَرَ.
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ.
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai kesyukuran)
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَاْلأَبْتَرُ.
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
(3) Surah An-Nasr
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَجَآءَ نَصْرُاللهِ وَالْفَتْحُ.
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْ خُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا.
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابَا.
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.
Cetusan madah:
Aku terpegun melihat angka
Surah pendek berjumlah tiga
Bilangan ayat pun sama tiga
Sebegitu unik siapa menduga
Dalam samar ku renungi surah
Ketiga-tiga cuba ditelaah
Tiba-tiba persoalan menerjah
Apa gerangan perkaitan surah
Surah Al-Kauthar aku terpanah
Kalimah ‘korban’ menjentik minda
Ketika Haji korban dilaksanakan
Tanda kesyukuran penuh bermakna
Dalam Al-‘Asr Allah bersumpah
Mustahil masa diundur selangkah
Begitu pentingnya wukuf di Arafah
Kelewatan sesaat haji tak sah
Ku renungi An-Nasr surah terkhir
Ayat kedua membuat ku berfikir
Suasana Haji segera terukir
Ramainya jemaah tekun berzikir
Ibadah Haji bagaikan Jawaban
Tersirat disebalik wahyu Tuhan
Ketiga-tiga surah amat mengkagumkan
Walau pendek namun berkesan
Assalamualaikum, nama saya Nurul Husna Bt Mohd Kamil pelajar tahun 3 architecture IIUM, Gombak. Dalam kulliyah kami mempunyai subjek yg dipanggil HERITAGE STUDIES utk mengkaji bangunan2 sejarah malaysia terutama Masjid. Masjid yang dipilih lecturer kami MASJID RAJA ALANG, HILIR BERANANG. Oleh itu kami ingin menkaji salasilah raja alang supaya boleh menemui bangunan2 laen yg dibina bawah kuasa, zaman atau pemerintahan beliau..saya terjumpa nama tuan dlm blog http://artmelayu.blogspot.my/2011/04/makam-tomb-of-raja-alang-ibni-raja.html harap boleh beri pencerahan dan kerjasama..kalau sudi..tuan boleh contact email saya: senahnana@gmail.com
ReplyDelete